Assalamualaikum…
Tet..tet.tet..tet… incoming massage.. hee…Mr A bg msg
rupanya..
“Sayang I balik hari ini…nak req LASAGNA boleh?”
Huh hari ni Mr. A balik dr outstation selepas seminggu
tinggalkan aku di shah alam.
Tanpa buang masa mmg trus la aku cek barang apa kat dapur
yang ada utk buat lasagna…mcm biasa bahan yang xdak trus aku catit dan beli
dari TESCO…senang beli di TESCO semua spices ada..
![]() |
| Lori Tesco da sampai... |
Owh di samping tu juga TESCO ada buat servis
penghantaran ke rumah… da beberapa kali gak la amna guna khidmat penghantaran
TESCO ni..ramai yang takut sbb takut brg xfresh la barang xbagus la..tapi
seriously trust me…barang dia lagi fresh dr kita beli dari TESCO sndr…
Salah satu kebikan beli online ni ialah kita
boleh TERHINDAR DARI SHOPPING MELEBIH.. KADANG TU BELI BARANG YANG XDAK DLM LIST LAGI BYK DR
BARANG YANG ADA DLM LIST BARANG UTK DIBELI ( amna bercakap atas pengalaman sendiri ).....Heee…so sapa2 mau try shopping di
tesco online boleh pg ke link ni.. www.tesco.com.my
Haaa panjang lebar cerita pasal tesco ni..kembali dengan cerita
LASAGNA tadi..
Bila bahan da sedia amna pun apa lagi start la masak…mcm
biasa amna tinggalkan semua dengan resepinya…
| Antara bahan yang amna guna..mozarella cheese amna guna yang 4 segi tu ja lagi jimat..rasa pun sedap.. |
LASAGNA SIMPLE PASTI SEDAP
-
Bahan yang boleh dikatakan agak penting juga
dalam buat lasagna ni ialah kulit pasta nya…lain dari speghatti..dia berbentuk
segi empat…amna pilih san remo …sbb senang guna ( kalau kulit pasta yang lain
selalunya kene rebus dulu tapi san remo xpayah rebus da…dia da ready baked )
-
MOZARELLA CHEESE jangan lupa
BAHAN-BAHAN INTI
- Daging ayam atau lembu sepaket
- Olive oil @ Butter
- 1 biji bawang besar ( amna suka letak lebih sbb bawang ni dia ada rasa manis..lagi byk lagi sedap masakan kita )
- 4 batang cili padi ( ini optional sbb amna and husband mmg suka rasa pedas sikit )
- 1 tin sos prego tradisional tomato
- 2 biji capsicum
- 1 tin cendawan butang
- Serbuk oregano dan Italian herbs ( amna letakkan 1-2 sudu besar setiap spice ni )
- Gula dan garam seperti biasa ikut citarasa anda…
CARA PENYEDIAAN
- Panaskan butter atau olive oil..bila da panas seperti biasa tumis bawang dan cili.. tumis sehingga warna keperangan sikit dan naik bau.
- Kemudian masukkan daging ayam atau lembu. Kacau sebati.
- Bila daging nmpk macam separuh masak masukkan sos prego tadi.
- Setelah itu masukkan oregano, Italian herbs, gula dan garam. Kacau sebati.
- Akhir sekali masukkan cendawan butang dan capsicum.
·
Dan siappp….inti jela baru siap.
BAHAN-BAHAN SOS PUTIH
- 500 ml susu segar ( nk bancuh susu tepung pun boleh tapi kuantiti sama )
- 1/3 kotak cheddar cheese
- 2 sudu besar tepung
- 2 sudu makan butter
- Garam ( optional )
CARA PENYEDIAAN
- Cairkan butter
- Masukkan tepung dan gaul sebati.
- Kemudian masukkan susu dan cheddar cheese kacau sehingga cair dan pekat.
- Masukkan sedikit garam jika mahu.
Ini pula cara nk susun LASAGNA …
Lapisan pertama – kulit pasta
Lapisan kedua – inti
Lapisan ketiga – sos putih
Lapisan keempat – mozzarella cheese
Ulang susunan lapisan tadi sampai penuh bekas atau sampai
habis….dan lepas tu bakar pada suhu 180 degree selama 40 minit atau sampai
masak…dan akhir sekali boleh la potong dan hidang untuk yang tersayang.
Dan inilah hasilnya... xpotong lagi sbb tungg Mr. A sampai.
masa yang amna ambil untuk siapkan lasagna ni xsmpai pun 2 jam...huh kejap je kan...
Selamat mencuba semua...
_MamaKhaledAnnas_


No comments:
Post a Comment