Kami tinggal di BURCMAN HOTEL ini cuma semalaman sahaja…pagi
ini kami check out dan bersiap sedia untuk ke destinasi seterusnya…Macam biasa
beg kami bukan tanggungjawab kami…tepat jam 7 mereka da kutip beg kami dari
bilik untuk dibawa masuk ke dalam tempat simpanan beg di dalam bas…
7.30 pagi kami memulakan perjalanan menuju ke destinasi
pilihan hari ini...PAMUKKALE… Dari awal lagi tour guide kami da
maklumkan… hari ni akan lalui satu perjalanan yang sangat jauh… Alah dalam
fikiran amna xkan la 5 jam kot…. Heee jeng jeng jeng….
Jam di tangan menunjukkan sudah 4 jam perjalanan...ish masih xsampai lagi....perut da bunyi macam2…lagu melayu
ada lagu turkey ada…tanda nk minta diisi…Jadi kami pun berenti di sebuah restoran
yang memang selalu dikunjungi pelancong…boleh kata kalau perjalanan dari BURSA
ke PAMUKKALE ni memang di sini la lokasi
makan tengah harinya…
| RAMIZ RESTAURANT |
Perut sudah diisi kami teruskan perjalanan..tapi jangan lupa
tanggungjawab pada Allah…kami singgah ke MASJID di HAYIRLI YOLCULUKLAR ( try la
sebut kalau boleh )
Makan sudah...solat pun sudah...
Perjalanan diteruskan lagi…kata tour guide kami ada lagi
beberapa jam untuk sampai ke PAMUKKALE…huh beberapa jam lagi…maknanya boleh
jadi 1,2,3,4 jam lagi tu….adoiiii…bontot da kematu dok duduk dalam bus ni…
Tapi pemandangan sepanjang perjalanan membenamkan terus
perasaan baki perjalanan yang masih jauh tu…
| Kawasan penanaman kapas... |
Jam di tangan menunjukkan 3.30 petang…akhirnya selepas
hampir 8 jam perjalanan kami sampai ke destinasi dituju…..
PAMUKKALE HIERAPOLIS…
| Tourist booklet dalam pelbagai bahasa...Bahasa Malaysia ja xdak... |
![]() |
| Inilah dia PAMUKKALE @ COTTON CASTLE |
Masa mula2 sampai rasa mcm terpukau seketika...Subahanallah...hebat betul kuasa Allah ni... cantik sangat...mulut mula la xhenti2 dok cakap macam mana la bentuk muka bumi ni boleh jadi macam ni...
Trus terbit satu suara explain pasal kejadian Allah ni...hee Mr. A ni belaja Geologi dlu di Canada makanya ini mmg bidang dia ( untung I kawen ngan u sayang..library bergerak )
Menurut penerangan Mr A. dia kata PAMUKKALE ni adalah hot spring...tapi kandungan kalsium dalam hot spring terlalu byk dan disebabkan itulah dia mengeras dan jadi la putih..berlapis2 cantik ni pulak adalah disebabkan hakisan air.. huh ni secara ringkas dia explain kat aku sambil2 dok rendam kaki tu la...dengar xdgr jela masa tu sbb dok takjub lagi dgn kejadian Allah...
| inai masih merah di kaki..yala kata 1st honeymoon kan |
Sejarah berkaitan tempat ni pulak...kawasan ini dulu adalah sumber air untuk kawasan penempatan zaman Yunani-Romawi kuno dan kota Bizantium dari Hierapolis... kita boleh lihat jalan sebelum sampai ke kawasan ni ada runtuhan batu bata peninggalan penempatan kota lama ni...huh nak tau lanjut lagi sila ke Mr Google...
| Pemandangan sepanjang jalan sebelum sampai ke kawasan hot spring ( waktu ni nak balik da ) |
| Sunset di PAMUKKALE... Hari da nak lanjut ke malam badan pun da penat...makanya destinasi terakhir kami hari ini adalah...balik hotellll....... cukup untuk jelajah hari kedua di Turkey ni..kalau nk tgk gambar2 lain boleh ke link ini 1st Honeymoon Turkiye |
Owh terlupa amna nk bgtau...PAMUKKALE ini juga telah diiktiraf UNESCO sebagai World Heritage Site.
Terima kasih.....
_MamaKhaledAnnas_

No comments:
Post a Comment