Tuesday, 11 November 2014

1st Honeymoon (Turkey) PART 3

Part 3 ini amna akan cerita tempat seterusnya kami lawati.
Seperti biasa seawal jam 730 pagi lagi kami da beredar dari hotel.
Perjalanan kami hari ni agak jauh juga. Lebih kurang juga la mcm semalam dari Bursa ke Pamukkale.

Perjalanan harini dari Pamukkale ke Konya…huh jauh perjalnan dia nak tau brapa lama menaiki bus???? 6 Jam 404 KM..jauhkan…Pejam celik pejam celik xsampai lagi….Pejam celik pejam celik lagi tup da 4 jam perjalanan… dan kami berhenti di Anatolia..Kawasan biasa pelancong singgah untuk menikmati makan tengah hari sepanjang jalan ke Konya.  Jangan risau sapa2 yang memang kuat buang air tu sini tandasnya bersih…tapi air dia xyah cakap la mmg xdak hot water semua cold shj ye.. Solat pun selesa juga di sini…

Di hadapan kedai makan merangkap tempat solat di ANATOLIA.

Rasa mcm di alam fantasi plak...macam yang dlm crita dwarf biru tu...




Perjalanan di sambung semula, lagi dua jam kata tour guide Turkish kami tu nak sampai ke Konya…FUhhhhh “Perjalanan yang masih lagi panjang”..tapi xpa…pemandangan kiri dan kanan bahu jalan menghidangkan kita satu pemandangan yang xkan kita lihat di tanahair kita…kiranya kalau tdo dalam bas sepanjang perjalanan tu rugi gak la. Dan lagi best kak Roha tour guide kami yang mewakili POTO TRAVEL ni dia suka buat permainan macam2 dalam bas…

Satu number pun xkena lagi...heee ni baru nak start la..( sapa pernah main game ni??? BINGGO )

Dan Akhirnya tempat yang dituju, kami selamat sampai…..
Di sini terletaknya makam seorang ulama, ahli falsafah dan sasterawan sufi, Mavlana Jamaluddin Rumi….Bila sebut nama dia mcam pernah dengar waktu amna belajar di Jordan dlu…yela sebab dia pun rasanya kalau xsilap la pernah buat beberapa rangkap puisi Arab..tapi sekali lalu jela nama dia.

Gambar ilustrasi Syeikh Mavlana Jamaluddin Rumi
( Mavlana tu atau kata nama lain dia ialah Maulana @ Master )


Bila datang baru tau lanjut pasal Syeikh ni… Dia seorang pengasas sufi di Turkey ( Turkey kan terkenal dengan Sufism ni kan )..
Dilahirkan di Balkh yang kini dikenali sebagai Afghanistan. Meninggal pulak di sini Konya, Turkey.

Beliau asalnya membuat puisi Farsi memandangkan bahasa ibunda dia dlu ialah Farsi. Lepas tu karya dia ni tersebar luas ke Iran, Afghanistan,Tajikistan dan lagi best telah dialih bahasa ke bahasa Turki, Azerbaijan dan Asia Tenggara.
Beliau juga ada tulis puisi dalam bahasa Arab dan juga turki Oghuz..
Nak cakap pengaruh beliau ni amat luas la dalam kesusateraan Turki, Parsi dan Urdu.

Idea terkenal beliau seperti muzik timur tengah, puisi sufi, falsafah sufi dan tarian sufi.

Huh vd di bawah ni mungkin boleh bagtau antara jenis karya mcm mana yang dia buat.





Masa kami datang museum ini tengah dalam penambahbaikan so xbrapa best sgt la..nak amik gambar byk2 kat dalam pun xboleh tapi kami cuba juga curi amik gambar…

Bahgian dalam Museum...di sini juga la disemadikan Syeikh Mavlana Jamaluddin Rumi
dan kerabat serta sahabat handainya.

Cara muzik sufi dimainkan.

Huh lupa nak bgtau..museum ni juga disenaraikan di dalam UNESCO..
( kira kat Turkey ni asik p tmpt UNESCO jala)

Di hadapan Museum..maklumla kat dalam amik gambar semua curi2..

Sesiapa yang blaja sastera Arab macam amna..cuba tgk ni ada sikit2 macam Arudh kan...
ni buku Muzik sufi zaman Syeikh ni.


Selepas selesai di Museum ni kami bergerak pula ke CAPPADOCIA....
Perjalanan dari Konya ke Cappadocia heee adalah dalam 4 jam lebih sikit lagi sbb jauh dia ialah 
243 KM...hee jauh kan...patut la kami xlama sangat kat Museum Mavlana td tu..

Macam biasa di pertengahan jalan kami berhenti sekejap di Sultahani Caravanserai..tapi tempat ni dulu zaman dulu2 la beratus tahun dlu tu, dia adalah tempat persinggahan untuk berehat para pedangang atau musafir...kalau kita lihat dia macam ada petak2 berasingan untuk berehat..kiranya dulu ni macam hotel la...Tour guide TUrkish kami kata kira ni first hotel zaman dulu2 la...

Sekarang tempat ni dijadikan tempat membeli souvenir2 la..ada yang murah ada yang mahal...duit euro laku sungguh kat sini kalau xdak duit turkey.

Ni yang amna kata tadi...tempat musafir dan pedagang zaman dahulu kala berehat...
inila dia hotel purba kala dulu..

SULTAHANI CARAVANSERAI


Dalam sejam setngah kami di sini...perjalnan masih jauh berbaki...kami naik bus dan tido sbb da malam...nk tgk apa ada kat keliling pun bukan boleh nmpk, gelap.

Dalam jam 10 juga rasanya kami sampai di Cappadocia..xingat apa da..solat sudah makan pun sudah..kami pun tidooo...esok nk berjalan di Cappadocia plak..

Selamat malam!!!

*** Terima kasih sebab sudi baca...nak tgk lagi gambar2 amna di turkey yang lain boleh ke link ini 1st Honeymoon Turkiye


_MamaKhaledAnnas_

Monday, 10 November 2014

1st Honeymoon (Turkey) PART 2

Hari kedua di Turkey selepas touch down…(10/11/13)… Angin dingin pagi menyapa pipi…sejuk sangat pagi ni..mungkin sudah hampir dengan musim sejuk di sini…

Kami tinggal di BURCMAN HOTEL ini cuma semalaman sahaja…pagi ini kami check out dan bersiap sedia untuk ke destinasi seterusnya…Macam biasa beg kami bukan tanggungjawab kami…tepat jam 7 mereka da kutip beg kami dari bilik untuk dibawa masuk ke dalam tempat simpanan beg di dalam bas…

7.30 pagi kami memulakan perjalanan menuju ke destinasi pilihan hari ini...PAMUKKALE… Dari awal lagi tour guide kami da maklumkan… hari ni akan lalui satu perjalanan yang sangat jauh… Alah dalam fikiran amna xkan la 5 jam kot…. Heee jeng jeng jeng….



Jam di tangan menunjukkan sudah 4 jam perjalanan...ish masih xsampai lagi....perut da bunyi macam2…lagu melayu ada lagu turkey ada…tanda nk minta diisi…Jadi kami pun berenti di sebuah restoran yang memang selalu dikunjungi pelancong…boleh kata kalau perjalanan dari BURSA ke  PAMUKKALE ni memang di sini la lokasi makan tengah harinya…



RAMIZ RESTAURANT
 










Perut sudah diisi kami teruskan perjalanan..tapi jangan lupa tanggungjawab pada Allah…kami singgah ke MASJID di HAYIRLI YOLCULUKLAR ( try la sebut kalau boleh )





Makan sudah...solat pun sudah...
Perjalanan diteruskan lagi…kata tour guide kami ada lagi beberapa jam untuk sampai ke PAMUKKALE…huh beberapa jam lagi…maknanya boleh jadi 1,2,3,4 jam lagi tu….adoiiii…bontot da kematu dok duduk dalam bus ni…

Tapi pemandangan sepanjang perjalanan membenamkan terus perasaan baki perjalanan yang masih jauh tu…

Kawasan penanaman kapas...


Jam di tangan menunjukkan 3.30 petang…akhirnya selepas hampir 8 jam perjalanan kami sampai ke destinasi dituju…..
PAMUKKALE  HIERAPOLIS…

Tourist booklet dalam pelbagai bahasa...Bahasa Malaysia ja xdak...

Inilah dia PAMUKKALE @ COTTON CASTLE



Masa mula2 sampai rasa mcm terpukau seketika...Subahanallah...hebat betul kuasa Allah ni... cantik sangat...mulut mula la xhenti2 dok cakap macam mana la bentuk muka bumi ni boleh jadi macam ni...
Trus terbit satu suara explain pasal kejadian Allah ni...hee Mr. A ni belaja Geologi dlu di Canada makanya ini mmg bidang dia ( untung I kawen ngan u sayang..library bergerak )

Menurut penerangan Mr A. dia kata PAMUKKALE ni adalah hot spring...tapi kandungan kalsium dalam hot spring terlalu byk dan disebabkan itulah dia mengeras dan jadi la putih..berlapis2 cantik ni pulak adalah disebabkan hakisan air.. huh ni secara ringkas dia explain kat aku sambil2 dok rendam kaki tu la...dengar xdgr jela masa tu sbb dok takjub lagi dgn kejadian Allah...


inai masih merah di kaki..yala kata 1st honeymoon kan


Sejarah berkaitan tempat ni pulak...kawasan ini dulu adalah sumber air untuk kawasan penempatan zaman Yunani-Romawi kuno dan kota Bizantium dari Hierapolis... kita boleh lihat jalan sebelum sampai ke kawasan ni ada runtuhan batu bata peninggalan penempatan kota lama ni...huh nak tau lanjut lagi sila ke Mr Google...

Pemandangan sepanjang jalan sebelum sampai ke kawasan hot spring ( waktu ni nak balik da )
 
Sunset di PAMUKKALE...


Hari da nak lanjut ke malam badan pun da penat...makanya destinasi terakhir kami hari ini adalah...balik hotellll.......

cukup untuk jelajah hari kedua di Turkey ni..kalau nk tgk gambar2 lain boleh ke link ini 1st Honeymoon Turkiye

Owh terlupa amna nk bgtau...PAMUKKALE ini juga telah diiktiraf UNESCO sebagai World Heritage Site.

Terima kasih.....



_MamaKhaledAnnas_








Saturday, 8 November 2014

1st Honeymoon ( Turkey ) PART 1

Assalamualaikum..

Hari ini...tarikh yang sama tahun lepas ( 8 Nov 2013 ), boleh dikatakan tarikh yang bermakna juga buat kami. Yala kan first honeymoon selepas sebulan kami mendirikan rumahtangga.. lokasi yang kami pilih untuk honeymoon ialah Turkey !! ( masa blaja kat jordan dlu xkesempatan nk p Turkey, yala student kan mana byk duit sgt kan )...kami pergi Turkey masa musim awal winter...xla turun snow lagi tapi sejuk menusuk tulang gak da la masa tu.

Honeymoon kami selama 10 hari tu dibawa oleh satu travel agency yang paling bagus dan sgt amna rekemen ( ni khas untuk sapa2 yang nk honeymoon la, kalau rasa nk backpacking xyah la kot )... POTO Travel and Tours.... Yes mungkin ramai yang tau agency pelancongan ni...da agak popular da lagi2 sejak dia masuk NONA hari tu.




Tapi apa yang seronok pasal POTO ni?
Huh meh sini amna nak bgtau... Layanan dia xyah cakap la...sangat bagus...amna rasa sepanjang kami kat turkey kami xpernah angkat beg..walaupun dari bus atau bilik...semua tu mereka yang uruskan..
Bilik pulak yes lagi...hee TIP TOP  mmg best...hotel semua dia bg pada kami 4 stars ke atas ...Makan?? Ala bab makan ni kami xkisah sgt ( dua2 pernah duduk di oversea dlu so xkisah la sumbat apa pun asal HALAL dan kenyang )... selama kami kat sana mmg kami sumbat makanan turkey saja la..ROTIIIII...Tapi ada skali kami berenti makan di kedai masakan Moghul...huh kat sini baru kami rasa pedas2 sikit ( sikit jela tapi...xla pedas berasap )

Kita cerita pulak pasal Tour Guide dia pulak...huh Tour guide ada dr Malaysia ( yang uruskan kami dari Malaysia ) namanya kak Roha...kak Roha ni mmg syok...sgt sempoi...dia ni pun dulu blaja kat oversea juga so byk juga la pengalaman dia hidup di luar... Tour guide dari Turkey pun sama...sangat best dan byk menolong...dia ni ibarat internet plus library..semua history xkisah la turkey atau luar turkey dia tau...kadang tu dalam bus tu dia dok cerita pasal history sorang2 ja...sbb kami semua kepenatan tdo..dia tetap semangat share.. English dia sangat tiptop..so xsusah kita nk komunikasi dengan dia..
Driver kami pulak ( sampai driver pun crita ni ) pun best..dia suka berseloroh walaupun english dia xbrapa ok tapi dia usaha gak tu berseloroh ngan kami.. cara pemanduan dia pun sangat cekap...dan kami xrasa takut pun..


Itu dia kak Roha...yang kacau kami bergambar tu...selain tolong amikkan gambar dia juga gemar kacau org amik gambar..
kak Roha ni juga supplier sos cili kami di sana.

Ini pula Tour guide turkish kami...nama sudah lupa...nampak garang tapi best...xgarang pun..

Sesampai je kami di turkey lokasi pertama kami ialah BURSA.... nak ke sini kami kene naik feri menyeberangi lautan Bosphorus...berapa jam menyeberang itu amna xingat da...tapi xla lama sangat... kalau rasa nak tgk keindahan burung swan terbang lepas tu angin laut masa tu boleh la duduk kat dek atas feri...tapi kalau rasa da xtahan sejuk tu boleh masuk dalam feri...seperti biasa pihak feri mmg ada sediakan kioks kecil untuk kita beli minuman dan makanan...harga xyah cakap la kan mahal la sikit dari luar..



Land transport boleh naik skali feri ni....

"Ingin ku hidup terbang bebas seperti burung2 ini" amboiiii!!

Ini kioks yang amna bgtau tadi..rasa2 nk lepak dlm feri sambil menikmati secawan teah atau kopi boleh la beli.


Selepas beberapa minit kami di atas feri akhirnya kami tiba di BURSA...di BURSA lokasi pertama kami pg ialah tempat makan...heee...restoran apa amna xingat da...dari luar nmpk biasa tapi bila da masuk dalam..Ya Allah indahnya....( owh lupa nk bgtau servis POTO ni dia akan bagi kita makan di tempat yang istimewa juga...kiranya xla makan kat tepi jalan )


Ini antara kubu yang ada di turkey pada zaman pemerintahan mana amna xingat..tapi amna nk bgtau sekarang banyak kubu2 seperti ini mereka xhancurkan bahkan mereka peliharanya sebagai tarikan pelancong...di sebalik kubu tu pulak ada rumah2 orang tinggal..menarik kan..maksudnya sekarang dalam membangunkan kawasan ini tetapi tinggalan sejarah tetap terpelihara..

Saujana mata memandang...Indahnya ciptaan Allah...

Huh ini pula restoran pertama kami makan di Turkey..cantik kan!!


Bila perut da diisi ...kami terus menuju ke sebuah masjid ULUCAMI ( sebutan dia ULUJAMI )..huh berjalan berjalan juga tapi tanggungjawab pada ALLAH jangan lupa...huh masjid ni dalam dia ada fountain ok...heee..


Suasana dalam masjid ULUCAMI


Huh minah ni nama dia Aminah...bukan amna nk bergambar dgn dia tapi dia yang nak amik gambar ngan amna...Terharu amna.( mungkin sbb dia jarang jumpa orang luar kat sini kot )



Selesai solat xjauh dari masjid tu kami naik bus menuju ke GREEN TOMB...nk tau GREEN TOMB ni apa sila rujuk gambar di bawah..


Info lanjut tentang GREEN TOMB ni

GREEN TOMB dari luar

Pintu utama GREEN TOMB


Lokasi seterusnya xjauh juga dari GREEN TOMB kami menuju ke YESIL CAMI... sebuah masjid juga...kalau nak tau lebih lanjut pasal masjid ni boleh tanya en GOOGLE...heee...tapi apa menarik di masjid ni ialah macam biasa keindahan masjid dia...amna rasa keindahan masjid di turkey ni mmg jauh indah dari masjid di malaysia...sbb ukiran dia sangat halus...dan satu lagi tarikan masjid ini ialah suara bilal dan tempat bilal melaungkan azannya..


YESIL CAMI

Bilal sedang melaungkan azan..tanpa mic dan pembesar suara tapi cukup kuat untuk panggil penduduk sekeliling bersolat.

Setelah selesai menikmati keindahan masjid YESIL CAMI ni kami menuju ke SILK MARKET....huh kalau kaki shopping macam amna mmg akan rambang mata la...sangat cantik...tapi barang perhiasan boleh kata mahal juga la...cuma tshirt kat sii mudah dan kualiti...tshirt kami beli di SILK MARKET ni sampai sekarang look new ok..hee...


YESIL CARSI ( SILK MARKET )

Ini bahagian dalam SILK MARKET ni...semua pakat dok memilih tshirt untuk dibeli...kami....
setle beli da...heee


Kami diberi masa lebih kurang 2 jam di SILK MARKET ni...kami dalam tu dalm sejam ja lepas tu kami berjalan keluar area dekat2 situ...ternampak la satu kedai jual teh...alahai teringat masa belaja JORDON dulu selalu lepak minum mcm ni..kita ni pny la cakap english ngan tukang jual ni...rupanya mereka ni org SYRIA...apa lagi amna pun bukak mulut la...cakap arab ngan mereka..makanya dapat la diskaun untuk teh tu..Mr A minum tapi komen pahit gila...mmg la pahit sbb xkluarkan uncang teh dari cawan mana xkembang melebih teh dalam cawan kecik tu.. Hello sayang this is not CANADA ok ( tiba2 CANADA pulak kluar..hee MR A ni dlu blaja sana sbenarnya )..sambil minum sambil sembang ngan penjual teh tu...sembang la mcm2 SYRIA macam mana...yala da kene serang kan..


Sempat pekena tea turkey kat sini..


huh ni lokasi akhir kami untuk hari ini....Kami terus pg ke hotel untuk rehat di BURCMAN HOTEL ...yala kan straight berjalan lepas touch down di turkey ..lembik akk...


BURCMAN HOTEL




kalau rasa nak tgk lagi gambar2 lain amna pg honeymoon di Turkey boleh ke link ini...



_MamaKhaledAnnas_