Part 3 ini amna akan cerita tempat seterusnya kami lawati.
Seperti biasa seawal jam 730 pagi lagi kami da beredar dari
hotel.
Perjalanan kami hari ni agak jauh juga. Lebih kurang juga la
mcm semalam dari Bursa ke Pamukkale.
Perjalanan harini dari Pamukkale ke Konya…huh jauh perjalnan
dia nak tau brapa lama menaiki bus???? 6 Jam 404 KM..jauhkan…Pejam celik pejam
celik xsampai lagi….Pejam celik pejam celik lagi tup da 4 jam perjalanan… dan
kami berhenti di Anatolia..Kawasan biasa pelancong singgah untuk menikmati
makan tengah hari sepanjang jalan ke Konya. Jangan risau sapa2 yang memang kuat buang air
tu sini tandasnya bersih…tapi air dia xyah cakap la mmg xdak hot water semua
cold shj ye.. Solat pun selesa juga di sini…
| Di hadapan kedai makan merangkap tempat solat di ANATOLIA. |
| Rasa mcm di alam fantasi plak...macam yang dlm crita dwarf biru tu... |
Perjalanan di sambung semula, lagi dua jam kata tour guide
Turkish kami tu nak sampai ke Konya…FUhhhhh “Perjalanan yang masih lagi
panjang”..tapi xpa…pemandangan kiri dan kanan bahu jalan menghidangkan kita satu
pemandangan yang xkan kita lihat di tanahair kita…kiranya kalau tdo dalam bas
sepanjang perjalanan tu rugi gak la. Dan lagi best kak Roha tour guide kami
yang mewakili POTO TRAVEL ni dia suka buat permainan macam2 dalam bas…
| Satu number pun xkena lagi...heee ni baru nak start la..( sapa pernah main game ni??? BINGGO ) |
Dan Akhirnya tempat yang dituju, kami selamat sampai…..
Di sini terletaknya makam seorang ulama, ahli falsafah dan
sasterawan sufi, Mavlana Jamaluddin Rumi….Bila sebut nama dia mcam pernah dengar
waktu amna belajar di Jordan dlu…yela sebab dia pun rasanya kalau xsilap la
pernah buat beberapa rangkap puisi Arab..tapi sekali lalu jela nama dia.
![]() |
| Gambar ilustrasi Syeikh Mavlana Jamaluddin Rumi ( Mavlana tu atau kata nama lain dia ialah Maulana @ Master ) |
Bila datang baru tau lanjut pasal Syeikh ni… Dia seorang
pengasas sufi di Turkey ( Turkey kan terkenal dengan Sufism ni kan )..
Dilahirkan di Balkh yang kini dikenali sebagai Afghanistan.
Meninggal pulak di sini Konya, Turkey.
Beliau asalnya membuat puisi Farsi memandangkan bahasa
ibunda dia dlu ialah Farsi. Lepas tu karya dia ni tersebar luas ke Iran,
Afghanistan,Tajikistan dan lagi best telah dialih bahasa ke bahasa Turki,
Azerbaijan dan Asia Tenggara.
Beliau juga ada tulis puisi dalam bahasa Arab dan juga turki
Oghuz..
Nak cakap pengaruh beliau ni amat luas la dalam kesusateraan Turki, Parsi dan Urdu.
Idea terkenal beliau seperti muzik timur tengah, puisi sufi,
falsafah sufi dan tarian sufi.
Huh vd di bawah ni mungkin boleh bagtau antara jenis karya
mcm mana yang dia buat.
Masa kami datang museum ini tengah dalam penambahbaikan so
xbrapa best sgt la..nak amik gambar byk2 kat dalam pun xboleh tapi kami cuba
juga curi amik gambar…
| Bahgian dalam Museum...di sini juga la disemadikan Syeikh Mavlana Jamaluddin Rumi dan kerabat serta sahabat handainya. |
| Cara muzik sufi dimainkan. |
![]() |
| Huh lupa nak bgtau..museum ni juga disenaraikan di dalam UNESCO.. ( kira kat Turkey ni asik p tmpt UNESCO jala) |
| Di hadapan Museum..maklumla kat dalam amik gambar semua curi2.. |
![]() |
| Sesiapa yang blaja sastera Arab macam amna..cuba tgk ni ada sikit2 macam Arudh kan... ni buku Muzik sufi zaman Syeikh ni. |
Selepas selesai di Museum ni kami bergerak pula ke CAPPADOCIA....
Perjalanan dari Konya ke Cappadocia heee adalah dalam 4 jam lebih sikit lagi sbb jauh dia ialah
243 KM...hee jauh kan...patut la kami xlama sangat kat Museum Mavlana td tu..
Macam biasa di pertengahan jalan kami berhenti sekejap di Sultahani Caravanserai..tapi tempat ni dulu zaman dulu2 la beratus tahun dlu tu, dia adalah tempat persinggahan untuk berehat para pedangang atau musafir...kalau kita lihat dia macam ada petak2 berasingan untuk berehat..kiranya dulu ni macam hotel la...Tour guide TUrkish kami kata kira ni first hotel zaman dulu2 la...
Sekarang tempat ni dijadikan tempat membeli souvenir2 la..ada yang murah ada yang mahal...duit euro laku sungguh kat sini kalau xdak duit turkey.
| Ni yang amna kata tadi...tempat musafir dan pedagang zaman dahulu kala berehat... inila dia hotel purba kala dulu.. |
![]() |
| SULTAHANI CARAVANSERAI |
Dalam sejam setngah kami di sini...perjalnan masih jauh berbaki...kami naik bus dan tido sbb da malam...nk tgk apa ada kat keliling pun bukan boleh nmpk, gelap.
Dalam jam 10 juga rasanya kami sampai di Cappadocia..xingat apa da..solat sudah makan pun sudah..kami pun tidooo...esok nk berjalan di Cappadocia plak..
Selamat malam!!!
*** Terima kasih sebab sudi baca...nak tgk lagi gambar2 amna di turkey yang lain boleh ke link ini 1st Honeymoon Turkiye
_MamaKhaledAnnas_




No comments:
Post a Comment