Friday, 31 October 2014

Steak Buat yang Tersayang.

18 Oct 2014. Ya Allah pejam celik da setahun da kami hidup sebagai suami isteri dan juga da dua bulan kami menjadi mama dan daddy pada arwah khaled...Syukran Allah atas segala anugerah dan nikmat Kau berikan kepada kami selama ini..Syukran kerana Kau telah temukan aku dengan insan bernama Annas Abdul Aziz...Thanx sayang sebab banyak bimbing i selama ini...





Kira tarikh tu nk bgtau hari Anniversary kami la ( susah sangat berkias bagai )... bertepatan dengan hari itu biasa la mesti akan ada yang special untuk pasangan kan ( yela setahun sekali ja tarikh tu ).
Nak keluar celebrate hmmmm kami laki bini agak malas nk keluar..Jadi amna pun amik keputusan nk masak special untuk yang tersayang, Annas.

Menu arini.... BEEF STEAK AND CHICKEN STEAK !!

Resepi ini amna kongsikan untuk semua.



Bahan untuk Perap ayam @ daging :

  • 1 kg ayam atau daging batang pinang 
  • 6 ulas bawang putih ( dikisar )
  • 2 sudu besar lada hitam ( dikisar )
  • 2 inci halia ( dikisar )
  • 2 sudu besar kicap pekat ( kat rumah masa tu xdak kicap pekat so amna guna ja kicap biasa adabi tu )
  • 2 sudu besar madu 
  • 2 sudu besar butter / olive oil
  • 2 sudu besar mixed herbs
cara-cara penyediaan :
  • satukan semua bahan dan perap selama 3 jam. Kemudian panggang dan hidangkan bersama sos lada hitam 


Bahan untuk Mashed Potato :
  • Beberapa biji kentang ( direbus bersama kulitnya )
  • Susu segar 
  • Lada hitam 
  • Lada sulah
  • Butter
Cara penyedian :
  • Rebus kentang sehingga empuk. Selepas empuk kupas kulitnya ( rasanya lagi mudah cara ni dari kupas dlu dan rebus )
  • Lenyekkan semua kentang 
  • Masukkan butter, lada hitam, lada sulah mengikut citarasa anda.
  • untuk hasil yang gebu dan rasa lebih enak masukkan susu segar juga ikut citarasa anda.


Bahan-bahan untuk Gravy :
  • 1 biji bawang besar ( dihiris ) 
  • 3 ulas bawang putih ( diketuk dan cincang )
  • 1 tin cendawan butang 
  • sedikit butter untuk menumis
  • 2 sudu besar tepung jagung 
  • 2 kiub ayam 
  • 3 1/2 cawan air
  • lada hitam 
  • lada sulah 
Cara-cara penyedian :
  • Tumiskan bawang besar dan putih dengan butter sehingga warna perang 
  • masukkan tepung jagung ( tanpa dibancuh ) ke dalam tumisan bawang tadi 
  • tumis sehingga jadi perang 
  • masukkan air
  • masukkan kiub ayam,cendawan lada hitam dan lada sulah 
  • kacau sehingga mendidih. kalau rasa pekat boleh tambahkan air.

Kalau rasa nk cantik ala2 macam makan kat kedai tu rebus la kejap brocoli, mix vege atau sayuran kegemaran anda.. Macam amna ni main letak ja sayur apa yang ada dlm peti ais..hee...

Tara!!! ini hasilnya... tempoh memasak adala dalam 2 jam ...heee mls nk perap lama sbb da xsabar nk makan...lapaq sama...



Selamat mencuba !!!


_MamaKhaledAnnas_

No comments:

Post a Comment